Posts

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Baiklah pada kali ini saya ingin mengupas tentang apa bezanya mitos dengan dongeng. Ramai yang telah salah anggap tentang maksud sebenar mitos dengan dongeng. Mereka beranggapan bahawa mitos adalah sama dengan dongeng. Saya ingin peringatkan bahawa mitos bukan doneng dan dongeng bukan pula mitos. PENGERTIAN MITOS Mitos atau disebut juga dengan  Myth  merupakan cerita prosa rakyat yang bercerita suatu kisah yang mempunyai latar belakang di masa lampau, berisikan penafsiran mengenai alam semesta dan adanya makhluk di dalamnya, serta dipercaya benar terjadi oleh yang menganutnya atau sang empunya. Secara umum mitos bercerita tentang kejadian alam semesta, dunia dan para makhluk yang menghuninya, bentuk topografi, kisah para makhluk supranatural serta lain sebagainya. Mitos muncul sebagai catatan kejadian sejarah yang terlalu dilebih-lebihkan, sebagai alegori atau personifikasi untuk kejadian alam atau juga suatu penjelasan m...